Pages

Thursday, December 29, 2011

2011



Masa terlalu pantas berlalu, lg beberapa hari sahaja 2011 bakal melabuhkan tirai. Terlalu banyak suka duka tercatat dlm tahun ini. Terlalu banyak nikmat utk disyukuri, dan juga ujian demi ujian buat muhasabah diri, sebagai kafarah dosa2 lalu, dan moga sebagai asbab untuk menaikkan lagi darjat hamba di sisi Rabb.

Arwah ayah & hafazan

31 Disember ini genaplah 7 tahun ayah kembali bertemu penciptanya, dan genap 6 tahun saya mengkhatamkan hafazan Al Quran buat pertama kali. Kelakar juga rasanya bila teringat bagaimana saya sengaja memperlahankan sedikit tempo hafazan semata mata mahu khatam pada tarikh itu, entah berapa kali ustazah tasmik menegur bila mahu khatam. Sengaja memilih tarikh itu. Ayah pergi seminggu sebelum pendaftaran saya di DQ, moga setiap ayat Allah yang dihafaz dapat menambah pahala ayah di alam sana. 7 tahun perginya ayah, saya belajar menjadi lebih berdikari, sabar dan menghargai insan2 di sekeliling saya. 6 tahun setelah khatam, tidak langsung saya berbangga dengan hafazan saya sekarang. Saya sangat merindui ketegasan ustaz ustazah tasmik, DQ mahupun UIA. Saya hanya bergantung harap pada istiqamah & disiplin saya sendiri, yang sentiasa ada turun naiknya. Menjadi hamlatul Quran bukan mudah, tapi dengan mujahadah, ia boleh menjadi sangat indah.

Hospitals

2011 tahun yang sangat bercinta dengan hospital. Hosp Selayang, HTAR Klang, PCMC.

Bulan 5, first time ever in life, warded kt Selayang, second time bulan 9 ke 10 entah kt PCMC. Sebenarnya saya bukan jenis suka jumpe doktor melainkan sangat terpaksa. Bila duk hospital merasa la GA, LA..dapat tau term2 medic sdikit sebanyak, not so bad la.

Bulan 8 mak pulak warded kt Klang sebab TB. Sambut birthday sendiri kt hospital. Memang sangat rasa tarbiyah sabar dari Tuhan. Saban kali berulang Cheras-Klang-Bukit Bintang dengan public transport yang lagi dhsyat dari tin sardin, rushing ke hospital after kerja nak kejar waktu melawat, buka puasa pun dalam komuter je. Menambah koleksi tarbiyah untuk bekal ujian yang mendatang, insyaAllah.

Travel

Tahun ni jugak tahun yang sgt banyak berada atas jalan, berada atas kenderaan awam. Terima kasih adik2 & kawan2 yang sudi memberi ruang untuk berteduh , ‘unta-unta’ untuk dinaiki, ketika tanggungjawab membutuhkan saya untuk menjadi ‘musafir’ seketika. It’s really meaningful for me. Seperti kata seorang adik, saya dah ada rumah ketiga:).

Before ends, 2011 memang tahun yang sangat manis untuk dikenang..:)

Sweet memories

-Graduated with first class degree

- My first job interview with RHB Islamic, then being an executive there

-Saga FL for my family

-Home sweet home

-Beautiful eid

-……………..:) +………………:)) +……………….:)))

Alhamdulillah..terima kasih Allah untuk tahun ini.. Sayonara 2011, moga 2012 yang bakal datang akan penuh barakah~



Wednesday, November 30, 2011

Ar Rahman Ar Rahim

Pernah satu ketika saya mendapat rezeki dari sumber yang tidak disangka2

Saya berbisik sendiri, istiqamahkah saya dengan solat dhuha

Selalu juga Allah ‘menyelamatkan’ saya dalam situasi di mana saya sendiri sudah hilang punca

Saya merenung kembali, cukupkah tawakkal dan pergantungan saya padaNya selama ini?

Dan seringkali saja Allah memakbulkan permintaan saya

Tanpa sempat saya benar-benar mensyukuri nikmat sebelumnya

Mengingati semua ini, saya jadi malu sendiri

Sungguh, Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang

Jika mahu diukur amalan kita dengan nikmat kurniaanNya

Sejauh langit dan bumi pun belum tentu setara lagi..

~maka nikmat Tuhan yang manakah kau dustakan~

Wednesday, October 26, 2011

'berbincanglah dahulu'

Berkunjung dari blog ke blog (baca: blog yang dimiliki insan yang ada ‘jiwa’) memang hobi saya. Saya seorang silent reader yang setia. Bagi saya, penulisan medium yang sangat baik untuk mengesani jiwa. Tidak kiralah sama ada tulisan berbentuk ilmiah mahupun sekadar kisah hidup seharian, pasti akan terselit pengajaran yang dapat dimanfaatkan pembaca, asal saja penulis itu punya ruh penulis sebenar.Jadi ,buat para blogger yang sentiasa mengesani jiwa saya , jangan berhenti menulis!

Singgah ke blog dr z, terbaca semula entry ‘berbincanglah dahulu’. Sungguh tepat pada masa. Walaupun saya bukan dalam situasi terdesak untuk memutuskan sekarang, pertanyaan sekali lagi itu benar2 membuat saya berada ‘di tengah-tengah’. Sangat lumayan. Sangat sayang utk dilepaskan. Tapi, ada perkara yang perlu dikorbankan. Istikharah perlu disertai isytisyarah. Berbincang itu perlu,kerana pasti ada sudut yang tidak terlihat oleh satu pandangan sahaja. Moga cepat bertemu mereka-mereka itu.

Sunday, October 23, 2011

09.10.11


09.10.11

Cantik kalau buat tarikh nikah.hehe.

It was my convocation day. Alhamdulillah.

Masih terlalu kuat di ingatan saya, 4 tahun yang lalu, saya melangkahkan kaki buat pertama kali di bumi Gombak ini seorang diri. Tika sahabat2 dengan mudah melepasi stesen2 pendaftran di CAC, saya menebalkan muka membawa surat dari pusat zakat Selangor ke meja pendaftaran, menyatakan saya anak asnaf & PZS akan membayar yuran pendaftaran saya. Kini setelah 4 tahun, saya melangkah lagi ke bumi Gombak ini. Tapi kali ini bersama keluarga saya yang tercinta, menaiki pentas CAC dengan bangga dan penuh rasa syukur,akhirnya, saya membawa pulang segulung ijazah dengan kepujian kelas pertama.

Segulung ijazah ini bukan untuk memaknakan jerih menuntut ilmu semata2. Tapi juga hasil pengorbanan seorang ibu, sokongan keluarga,keikhlasan para murabbi, lambang sebuah persahabatan, kekuatan sistem tarbiah yang sangat mengesani jiwa saya dan paling utama, kasih sayang & rahmat sang Pencipta. Saya hadiahkan kejayaan ini buat mereka semua, tanpa salah satunya mana mungkin saya mencapai impian ini.

Moga ijazah ini mendekatkan lagi pengabdian saya pada Tuhan. Menjadi asbab dakwah ini akan bergerak lebih laju. Jika dulu saya ingin buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan, bukan juga penghalang untuk bergerak aktif dalam dakwah, saya berdoa, rezeki demi rezeki yang Allah kurniakan ini tidak membuat saya terus leka dengan dunia, tapi menggunakannya untuk memacu agenda ummah. A new chapter begins,insyaAllah.

Wednesday, September 28, 2011

In the middle

1. Working at London
2. Travelling within Southeast
3. Finding another job
4. Continue study

Hidup ini terlalu banyak pertembungan. Dan pertembungan membuatkan manusia perlu membuat pilihan. Kadangkala manusia punya impian, cita-cita, tapi ada sesuatu yang menghalang.

Yang penting adalah paksi utama kita dalam membuat pilihan. Adakah maslahah sendiri mengatasi maslahah ummah yang lebih besar.

Ya Tuhan, tunjukkanlah jalan.