Pages

Saturday, December 18, 2010

semester bermula

semester baru bermula..

1. ini merupakan final sem sy inshaAllah. sekali lg mengambil 21.5 credit hours. sebolehnya sy mahu melalui sem ini dgn ksungguhan, entah bila sy bakal menjadi pelajar lg. sedih pula rasa kerana bakal meninggalkan bumi UIA.

2. langkah pertama itu penting. ia bakal mencorakkan arah kita seterusnya. awal2 lagi sy sudah hilang fokus utk sem ini, sy harap fokus sy akan kembali.

3. dalam masa kurang seminggu sy akan meletakkan jawatan dlm steadfast secara rasminya. masih tringat "penerimaan" sy ketika diberi amanah itu, rupanya setahun tu tidaklah terlalu lama. banyak perkara sy belajar, terima kasih teman2. terlalu banyak kekurangan dlm menunaikan amanah itu, mg Allah ampuni sy. bila melihat kesungguhan junior utk meneruskan legasi kami, sy rs bangga, lega & gembira. all the best to all of u.

4. pengisian ustaz shuhaib tentang amal dakwah di kampus memberi semangat baru utk sy meneruskan amal2 dkwh. seperti pesan ustaz, berada dalam jalan ini mestilah atas paksi keimanan, bukan paksi individu. amal dakwah bukan perkara sampingan yang hny dilakukan bila ada kelapangan. dakwah perlukan kesungguhan kerana ia tugas yg berat. pendakwah perlu ada bekalan & persiapan. sibuk mana pun tugas dakwah, amal2 fardi& qiamullail perlu seiring.pendakwah harus byk berkorban, lebih2 lagi golongan awal. tp pendakwah sejati tak perlukan pujian manusia ats pengorbanan & sumbgn yg diberi. susah payah, jerit perih kita biarlah hanya Allah yg tahu, kerana Dia yg berhak menilai.

5. bila direnung kembali, banyak kesilapan pernah sy lakukan. pd Allah & pd manusia. ada ksilapn yg boleh diperbetulkan, tp ada yg tidak mungkin ditebus kembali. rasa sedih & bersalah bila kesilapan itu memberi kesan pd orang lain. membaca buku Mencari Mutiara di Dasar Hati, sedikit menenangkan hati. tajuk ke 14- agar kesalahan menjadi pintu kebaikan.

~kemaksiatan bukan akhir dari segalanya. melakukan dosa & kesilapan tak bererti kejatuhan yg pelakunya tidak bisa bangkit kembali. kemaksiatan dan dosa ternyata bisa menjadi pintu kebaikan bagi pelakunya. syaratnya hanya satu-perbaharui taubat.pintu kebaikan ada di mana shj termasuk di hadapan pelaku kemaksiatan. jgn mencela brlebihan perilaku maksiat yg dilakukan org lain krana mungkin sj pelaku maksiat itu mampu melakukn kesolehan yg tidak bisa kita lakukan. jika kita ikhlas, Allah pasti akan menggantikan kenikmatan dosa & kesalahan itu dgn sesuatu yg jauh lebih baik..~

Thursday, September 23, 2010

L.E.A.R.N

wpun dah terlambat, eid mubarak buat semua. moga madrasah Ramadhan yg dilalui menjdikan kita hamba yang lebih baik. yang menjadi insan rabbani, bukan ramadhani. skrg dah tengah syawal.yang belum puasa enam sempat lagi kejar ganjaran besar dr Allah. raya tahun ni seperti biasa, tak banyak perubahan. tahun lepas saya beraya dgn kawan2, tahun ni rezeki adik pulak dpt beraya sakan dgn kawan2 lmnya. dia sgt gembira, btul2 gembira. dan saya pun bahagia tgk dia gembira. saya pula tidak langsung menziarahi sesiapa, satu2nya rumah yang saya ziarah masa raya adalah rumah pakcik saya yg hanya 5 minit dr rumah yg saya diami. dan tahun ni tiada siapa ziarah kubur arwah bapa. apa yang berlaku biarlah rahsia. sabar itu indah dan harapan yang tak kesampaian tahun ni moga kesampaian juga sebelum ada lagi yang menutup mata selamanya.

sementelah teringat arwah,(setiap detik saya merinduinya..), ada cerita yang ingin dikongsi bersama. walaupun arwah tak belajar tinggi,dia sgt ambil berat pelajaran anak2. arwah bijak orangnya, tp mungkin arwah bukan dari keluarga senang, nasib kurang menyebelahi. arwah prnh cerita ms kt Indonesia tak silap saya, arwah dah sampai saringan akhir utk jd cikgu tp ms tu hujan sgt lebat& family takde payung. bila sampai je, exam dah abes. tak dptla jd cikgu. walau apepun, Allah Maha Tahu yg terbaik utk hambaNya.

yg buat saya kagum padanya, satu hari saya tunjukkan report card sekolah petang. lepas tgk yg saya dpt no satu (seperti kebiasaannya...hehe..), arwah cepat2 tanya akhlak dapat macam mane(dekat report card tu, belah atas psl akademik, pastu belah bawah ada komen guru kelas ttg kelakuan, akhlak etc). bila arwah baca guru kelas komen baik/cemerlang, arwah kata alhamdulillah. arwah kata yg mafhumnya: kalau tak dapat no satu pun takpe, yang penting akhlak mesti no satu. arwah lebih risaukan kelakuan anak2nya di sekolah brbnding pncapaian akademik. yg penting, anak2 jd 'manusia'.

sekarang, banyak jenayah komersial, penyelewengan&masalah sosial dilakukan insan yg berpendidikan tinggi. mungkin inilah akibat jika masyarakat tak memahami konsep ilmu yang sebenar. belajar di uni sekadar utk segulung ijazah, boleh dapat kerja bagus& dpt kumpul harta sebanyak2nya. sekadar itu. bukan bermakna saya menidakkan kepentingan akademik. sebagai Muslim, kita kena buat yg terbaik dlm setiap perkara yg dilakukan. tapi, dlm menuju kecemerlangan kt dunia, jgn pula menggadaikan nilai2 akhirat. bila akhirat yang dikejar, dunia turut mengejar kita. erti kata hidup amatlah luas. belajarlah dari kehidupan.

Saturday, August 28, 2010

when i'm ill it is He who cures me

maafkan saya kerana entri kali ni mungkin tiada manfaat.ilmiah jauh sekali.
tajuk entri ni boleh jumpa kt sampul ubat klinik uia.
saya mahu pulang ke kampung 5hb ni.ini kali pertama saya pulang dalam sem ni. dan saya bercadang menyiapkan semua assignment sebelum balik, bolehlah saya betul2 habiskan masa dengan family saya. lagipun kt rumah takde internet, susah nak research etc.

Allah jua sebaik2 perancang. demam, batuk yang teruk dan selsema telah menyerang.saya cuba kerahkan otak utk midterm pagi tadi dan lepas tu saya rasa otak saya beku utk fikirkan semua kerja.ada yg perlu kejar due isnin,khamis,jumaat plus 2 lg midterm jumaat ni.paling sedih, saya betul2 tak larat menapak ke masjid(T_T).

saya harap saya ada kt rumah sekarang.

seperti mahu menjerit jd sy rasa lebih baik blogging,saya dapat tekan keyboard kuat2 utk hilangkan stress!

jangan risau, saya tau Allah takkan zalimi hambaNya.
moga banyak dosa dpt saya tebus kalau saya sabar.
amin

Friday, August 20, 2010

Ramadhan

Alhamdulillah..

Hampir memasuki fasa kedua Ramadhan.
Tersedar yang ni entry pertama dalam bulan penuh berkat ni. Ramadhan kareem untuk semua~

Sekadar berkongi kemanisan Ramadhan di bumi UIA dalam kesibukan menghadapi midterm exam dan tugasan2 kuliah. Rasa beruntung sangat berada di UIA masa Ramadhan. Paling best, of course bila dengar bacaan imam terawih kat masjid. Sangat syahdu.Tiba-tiba terfikir macam manalah rasanya ibadah kat Mekah, mesti kemanisannya sukar digambar oleh kata2. Mudah2an ada rezeki untuk saya ke sana satu hari nanti,amin..

Bila masuk bulan Ramadhan kebanyakan orang(peringatan ni untuk diri saya juga) akan menjadi manusia berbeza. Berbeza dari yang sebelumnya dalam erti kata menjadi lebih baik. Kita semua berebut mengejar pahala yang berkali ganda banyaknya. Selalunya masa bulan puasa ni masjid akan penuh, orang akan bangun pagi awal sebab nak qiyam & sahur, bila ada masa lapang je baca Quran, benda2 maksiat & takde faedah pun tak buat (tapi still ada orang buang anak..hmm..).

Tapi selalunya, bila Ramadhan dah berakhir, tabiat2 sebelum Ramadhan akan datang balik. Masjid2 tinggal 2-3 saf je, bangun Subuh pun lambat, baca Quran sekali sekala, kalau masa Ramadhan dulu ‘pause’ keluar dating, lepas Ramadhan ‘play’ balik. Macam Tuhan yang kita sembah masa Ramadhan dulu, tak sama dengan Tuhan yang kita sembah masa bulan2 lain.

Sepatutnya Ramadhan jadi madrasah untuk kita tarbiyyah diri menghadapi 11 bulan seterusnya. Seharusnya amalan2 kita masa Ramadhan tak berakhir bilamana berakhitnya Ramadhan. Seperti kata2 yang pernah saya baca:’Barangsiapa menyembah Ramadhan, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, tapi barangsiapa yang menyembah Allah, Allah kekal selamnaya.’

Sunday, August 8, 2010

short

bismillah walhamdulillah..

Allah beri kembali nikmat kesihatan setelah hampir seminggu 'kehilangannya'.my health condition betul2 buat saya tak boleh fokus langsung semua lectures last week. entah bila nak revise*sigh*..apapun, sakit yang Allah selalu bagi tu buat saya hargai setiap detik sihat saya.

21.5 credit hours sem ni plus tanggungjawab yang digalas dalam society & NGO yang saya sertai benar2 membuatkan saya lelah. moga Allah mudahkan urusan saya dalam jalan yang saya pilih ni.kadang-kadang cemburu tengok orang yang banyak sangat masa sampai dah tak tau nak buat apa. tapi rasanya lebih baik begini..bila kita tahu tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada, kita akan lebih manfaatkan setiap saat waktu kita sebab kita tahu masa kita sangat2 berharga. moga takde satu saat pun yang disia-siakan untuk perkara bukan-bukan.

ramadhan is coming,lets prepare for it!=)

Tuesday, July 20, 2010

babbling

dah lebih sebulan blog tak diupdate.
but its not exactly a month, so, its not as sweet as adik's..
i'm really wanna write something
but my homework not finished yet
plus i have meeting tonite
so better i stop here

Friday, June 11, 2010

random

sekitar 3 minggu tidak mengupdate blog..

Program Siswa Turun ke Desa

Alhamdulillah, setelah beberapa rentetan kisah dan catatan suka duka yang panjang, berjaya juga program ni disempurnakan. 3 hari, 2 malam berada di malim nawar,kampar, perak meninggalkan pelbagai kenangan buat saya.Sebagai urusetia, memang bukan mudah untuk menjayakan program besar seperti ini jika tiada persiapan rapi. Masa hanya sebulan yang kami ada untuk buat preparation (berurusan dengan 3 buah kampung, handle participant dari UIA & universiti luar, beli barang etc)memang tidak cukup sebenarnya. Credit untuk semua urusetia dan team Steadfast yang bertungkus lumus & bersengkang mata untuk program ni.


Saya bersama seorang lagi peserta merangkap urusetia, mendapat keluarga angkat di Kg. Tualang Sekah. Tika ada beberapa peserta mendapat rumah batu,bilik seperti bilik pengantin, rumah ber'air cond' dan sewaktu dengannya, saya bertuah dapat merasai suasana kampung sebenar (walaupun saya memang berasal dari kampung). Sangat tenang, mendamaikan, jauh dari aura kesombongan manusia.

Pada malam terakhir kat sana, ada kenduri kesyukuran & malam kebudayaan. Sangat tertarik dengan gelagat seorang adik umur 5 tahun main rebana. So cute~

Kami tinggalkan daerah Kampar dengan 1001 kenangan..Till we meet again~

Perhimpunan Solidariti di Kedutaan Turki

Sayangnya, saya tidak dapat menyertai 'demonstrasi' bersama team Pembina, ISMA & Aman Palestin ni kerana terikat dengan komitmen di tempat praktikal. Mujur dapat bantu sedikit sebanyak menyiapkan kain rentang malam sebelum kejadian. Dapat juga saya menyumbangkan sesuatu walaupun terlalu kecil jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin.

Ada pihak memandang sinis usaha demonstrasi@ perhimpunan seperti ini. Itu hak setiap individu untuk punya pendapat masing2, tapi sebagai satu contoh mudah, kalau kawan kita buat something good, kita patut tunjuk our support, so dia akan lagi motivate untuk teruskan kebaikan tu & dia tahu dia tak keseorangan dalam perjuangkan kebaikan. Dan kalau ada seseorang buat something evil, bila kita hanya diam,tak tunjuk yang kita benci & tak suka dengan perkara tu, orang akan ingat kita setuju & dia pun berani nak buat sesuka hati sebab takde orang berani nak halang. same goes here. tapi, bukan demo yang hanya ikut emosi, menimbulkan huru hara, dan tanpa tindakan susulan.

moga isu Palestin ni dapat jadi wadah penyatuan ummah tanpa mengira fahaman dan politik. dan moga kepentingan diri masing2 dapat dilupakan untuk merealisasikan penyatuan ni. inna nasrallah qarib~

Practical Training

Tinggal hanya 2 minggu. Saya tak sabar tunggu the end of this, tapi tak dapat bayangkan macam mana nak belajar kembali after half year tinggalkan buku. Mintak2 otak belum berkarat lagi.

------------------------------
Next semester, so many things I have to do and so many things i want to do..so there must be something I have to forgo.

Btw, alfun mabruk to my ex dorm mate, Naili , atas kelahiran Umar Ziyad di UK, dan kepada Kak Husna (nama baby belum sampai ke pengetahuan).Semoga kedua2nya kuat menggalas tanggungjawab sebagai ibu & student at the same time.

Sayonara~

Friday, May 14, 2010

buatmu yang teristimewa

dah hampir 3 bulan tak balik rumah,& i'll be at home tomorrow!inshaAllah..sgt rindu pd mak,abang,pakcik2,makcik2,spupu...and tomorrow is my mum's besday=p..wpun terkilan tak dapat join team pembina ke picc,team steadfast ke PD,prog hari ahad pun miss..=(
(keluhan yg sgt berat).walaupun kami 1 family jarang sangat dapat kumpul sama2 (saya la yang selalu x cukupkan korum tu), sy dah janji tiap kali besday mak saya mesti ada dgn mak.i love her so much!

sy bersyukur sgt2 dikurniakan insan-insan yg baik di sekeliling saya.family yg menyayangi saya espc adik,my best buddy ever,kawan2 yang menerima diri saya seadanya,special thanks to kausar,adak n d geng..akak2 & akhawat pembina yg menguatkan kaki saya utk terus melangkah di atas jalan ini, kawan2 steadfast yang menceriakan hidup saya,memberi motivasi buat saya..kwn2 & guru2 saya dr tabika sampaila UIA.mmg tak terkira insan-insan yang dah byk berjasa dlm hidup saya selama ni.terima kasih yang tidak terhingga,dan tiada alasan untuk saya tidak bersyukur kpd Pencipta kalian.

tika saya sedih,mengingati kalian bisa buat sy tersenyum
tika saya ditimpa masalah, semangat kalian bisa buat saya kuat
tika saya sendiri,hadirnya kalian bisa buat saya tidak rasa keseorangan
tika saya kecewa,kasih sayang kalian bisa megubat duka

moga tika saya tiada nanti,doa kalian sentiasa tidak putus buat saya

i'l praise Allah for sending me all of you..MY LOVE~

Tuesday, April 20, 2010

rindu



Dalam perjalanan ke kafe HS selepas pulang dari tempat praktikal, bertembung dengan adik2 sekolah yang menjadi peserta Interschool debate. Terpandang satu lencana tertera Kolej Islam Sultan Alam Shah. Membuakkan rasa rindu yang teramat dalam hati. Rasanya sudah lebih 4 tahun saya tidak ke sana.

Bumi KISAS cukup istimewa bagi saya. Tentu saja kerana 5 uniques nya..walaupun di situlah tempat belajar paling stress sepanjang hidup saya (rasanya amek degree pun tak stress macam tu..) Saya rindu pada tarbiyyah di sana. Setiap hari solat jemaah setiap waktu, solat dhuha during weekend, tazkirah sepanjang masa (kt musolla, kt kelas, perhimpunan, hatta kt dorm before tido), & baca al mulk sama2 dgn budak2 dorm.

Saya bersyukur Allah tempatkan saya di sana (bukan mudah untuk saya akhirnya belajar di sana, will share it later), menjadi asbab untuk saya lebih memahami agama saya, menjadi turning point kehidupan saya. Ya, saya culture shock pada mulanya, memandangkan saya dari sekolah harian biasa. Alhamdulillah atas kesabaran yang Allah berikan untuk tidak memberontak seperti segelintir sahabat lain. Dan semoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah (walaupun sangat berat). Gembira melihat sahabat2 yang masih seperti dulu, walaupun terlalu ramai yang sudah ‘tidak seperti dulu’.

Sama ada sedar atau tidak, Allah sentiasa menghadirkan peluang untuk kita menjadi lebih baik. Ada yang memang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan agama, kadang2 Allah temukan kita dengan sahabat yang boleh membimbing, mungkin juga ditempatkan dalam suasana yang Islami, dan macam2 cara lagi. Terpulang pada kita sama ada mahu terus mencipta alasan dan mensia-siakan peluang atau menjadikan ia satu titik bermakna untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik. Bila peluang dilepaskan begitu saja, statement ‘hidayah tak sampai lagi’ sepatutnya dah tak relevan.

~Fastaqim kama umirta~..ni motto bumi waqafan

Saturday, April 3, 2010

Ke mana langkah kita?

Sementara tunggu makanan yang diorder siap,saya duduk di bilik TV.Semua tengah tengok Diari AF.Jujurnya, saya memang tak tengok AF,kat rumah takde Astro pun. Tapi banyak jugak yang saya tahu sebab saya baca dari paper. Saya perlu tahu juga apa yang berlaku, supaya tak jadi daie yang macam katak bawah tempurung.

Jarum hedonisme memang telah berjaya dicucuk oleh kafir laknatullah. Kalau tak masakan AF boleh bertahan hingga 8 musim. Belum lagi rancangan2 realiti yang lain. Muzik memang sebati dengan jiwa remaja. Saya juga dulu bukan mudah untuk meninggalkan semua hiburan2 melalaikan ni.Apatah lagi bila orang2 di sekeliling asyik memutar lagu2 sebegitu.Kepada Allah saya berlindung.

Saya bukan mahu menulis entri tentang hedonism,panjang betul intro. Saya sedikit terkesan bila melihat cerita2 belakang tabir pelajar2 AF. Mereka sungguh2 berusaha demi memastikan dapat perform yang terbaik & tidak tersingkir. Bukan sedikit tenaga, masa dan pengorbanan yang dicurahkan selama pengajian mereka di akademi.

Semua manusia di dunia juga berpenat lelah seperti mereka. Seorang pelajar, menteri,pendakwah, petani malahan blogger sekalipun, setiap dari kita berusaha bersungguh2 untuk tujuan masing2. Tapi usaha manakah yang mampu menjadi pemberat amal di padang Mahsyar kelak? Adakah segala jerih perih kita yang bukan sekejap ini semuanya hanya sia2, tiada nilai & hanya ibarat debu yang berterbangan?

Mulakan hari-hari kita dengan bismillah, moga setiap langkah dan nafas kita adalah kerana ALLAH.

Sunday, March 28, 2010

Klaten

Tajuk entri ni takde kena mengena dengan negeri Kelantan..

Em,saya sangat yakin takde sorang pun ahli keluarga saya yang ingat lagi pasal ni. Kecamatan Ceper, Kabupaten Klaten, Jawa Tengah..bersempadan dgn daerah Jogja. Nanti bila2 ada rezeki boleh la pegi situ, walaupun most probably takde sape2 pun yang tinggal.. Tapi of course nak pegi Mekah dulu, ni 2nd destination.

Nak tengok peta lokasi cari la kat wikipedia @ google map

Monday, March 1, 2010

Terima kasih Tuhan

Saya kurang sihat beberapa hari ini. Saya gagahkan jua untuk keluar, pergi meeting & program kerana tidak mahu memanjakan diri. Pagi tadi saya tewas jua. Benar – benar rasa mahu tumbang dan akhirnya saya mengambil cuti. Surat MC takde sebab klinik jauh sangat, silap-silap boleh tersungkur tengah jalan. Mujur boss saya bukan seorang yang cerewet. Ofis mate saya kata takde surat MC pun takpe. So esok saya boleh pergi kerja dengan hati tenang. Alhamdulillah..

Bila tak berapa nak sihat ni, takleh la nak berjimat macam dulu. Kena makan on time, beli benda2 berkhasiat sikit, kalau tak nanti bertambah sakit pulak. Walaupun kena cut saving ( yang sangat tak seberapa), sekurang – kurangnya masih ada saving untuk digunakan, tak perlu pinjam sesiapa, minta sedekah tepi jalan dan sebagainya. Alhamdulillah..

Saya semakin hilang semangat nak pergi kerja. Saya pun tak tau kenapa. Mungkin dunia sebegitu tak sesuai dengan jiwa saya. Tapi saya tetap akan siapkan kerja saya sebaik mungkin, cuma saya melakukannya tanpa ada ‘jiwa’. Saya perlu kuat untuk 4 bulan seterusnya. Ramai manusia kat luar sana yang terlantar@sakit kronik, nak buat pape pun tak mampu. Alhamdulillah, saya masih ada kudrat dan tenaga yang tak boleh disia-siakan. So, keep moving!

Sebenarnya saya nak merungut banyak-banyak dalam entri ni, mujur saya sedar betapa banyak Allah dah bagi nikmat kat saya. Saya pun tak jadi merungut & tulis yang baik2 je..Alhamdulillah..

Saturday, February 6, 2010

up & down

hidup tak selalu indah..langit tak selalu cerah..
I alwiz pray that Allah akan mudahkan semua urusan hidup..for me & my family especially. Sudah terlalu lama rasanya menunggu. Moga Allah terus bagi kekuatan utk terus sabar, jika mungkin bukan di dunia..harapnya di akhirat sana.
~to my beloved one, sometimes we have to sacrifice our own feelings. I hope u dont repeat the same mistake..

thanks to maher zain for this beautiful song..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Friday, January 29, 2010

Muhasabah Cinta


Wahai pemilik nyawaku...
Betapa lemah diriku ini...
Berat ujian dariMu...
Ku pasrahkan semua padaMu...

Tuhan.. Baru ku sedar...
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur...
Kini ku harapkan cintaMu...

Kata-kata cinta terucap indah...
Mengalir berzikir di kidung doaku...
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku...

Butir-butir cinta air mataku...
Teringat semua yang Kau beri untukku...
Ampuni khilaf dan salah, selama ini ya Ilahi...
Muhasabah cintaku...

Tuhan...kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

~Edcoustic~

Thursday, January 28, 2010

.............

Dengan nama Allah..

Ketika saya masih kecil,arwah bapa suka mengajarkan kami satu perkara. Mula-mula bapa akan mencubit tangannya sendiri, kemudian berkata kepada kami dalam loghat Indonesia nya yang pekat. Lebih kurang begini: Ya semua…(semua ni maksudnya kitorang 3 beradik la),cuba cubit tangan sendiri. Apa rasanya? sakit kan? Kalau sudah tau sakit, jangan cubit orang lain..(Siapa yang tak faham sila cubit tangan masing2 dengan kuat ok..)

Betul kata bapa. Kalau semua manusia di dunia memahami betapa sakitnya dikasari, tak kisahlah dari segi perasaan,fizikal, @ mental, pasti kita tidak akan mengasari orang lain. Cuma kadangkala sebagai insan biasa, kita sering kalah dengan emosi dan amarah sendiri. Moga bertambah ganjaran buat arwah di alam sana, kerana setiap kali teringat kata2 tersebut, saya jadi berhenti untuk ‘mencubit’ sesiapa.

Tapi, walaupun kita tidak mencubit orang lain kerana tahu ianya menyakitkan , jangan langsung berharap orang lain tidak akan mencubit kita. Jangan langsung mengharap balasan atas apa yang kita beri, biar saja Allah yang menilai. Sesungguhnya Dia sebaik-baik pemberi ganjaran.

Dulu, saya pernah rasa amat kecewa kerana ‘dicubit’ seseorang walaupun selama ini saya seboleh2nya cuba untuk tidak langsung menyakitinya. Memang memedihkan,tapi mujur seorang teman menyedarkan saya di mana keikhlasan saya jika mengharap layanan yang serupa.

Teringat saya pesanan seorang sheikh : ‘Ayyuhaddu’at antum kassyajar,hum yarmikum bilhajar, waantum tarmihim bis tsamar..’

Balaslah cuka dengan madu..tuba dengan susu..
Pandanglah kehidupan ini dengan jiwa yang besar.

Monday, January 25, 2010

Welcome babies!



cute babies=p..anak siapakah..sy pn tak tahu. pinjam la gmbar anak siape tah..just want to say mabruk kpd kak awin atas klahiran yusuf, dan juga buat sahabat tersayang saya di bumi mesir,atiqah azam atas kelahiran wafa'..tahun ni byk babies..(waiting for kak aizat,kak syahid, kak nabilah,kak husna, kak nadia, kak yaya,my 2 beloved aunties, naili, n mother to be yg lain2..uish ramainya..)moga cute babies ni akan jadi anak soleh/solehah, penyambung rantai perjuangan..amin..

Friday, January 22, 2010

this weekend..

as usual, will be alone sebab all rumets balik. bertambah sunyi sebab semua orang akan balik cuti sem for 1 week,so tinggal la beberapa kerat je kat mahallah.luckily my sis balik lambat sket, so boleh la lepak kat bilik dia, sgt lama tak borak2 dgn dia. bila dah jumpe die, satu lori punye crita pun tak habes.sok teman dia pegi masjid jamek.yezza!
cuti 2 hari je,so kena manfaatkan sebaiknya.walaupun sedih tak dapat g johor=(..em,nak abeskan buku mencari mutiara di dasar hati siri 2,jumpa dengan adik2 comel,gosok baju siap2 untuk 5 hari kerja,review file2 company,n setelkan sume keje2 yang tertangguh.oh lagi satu,update blog=)minggu depan pegi kobanna pulak,ok best!
~alwiz be positive dan husnu dzon yg tinggi pd setiap ketentuan Allah..hati tenang,otak pun tak serabut=p

Friday, January 15, 2010

PRACTICAL TRAINING

Dengan nama Allah..

Sedar tak sedar,sudah 3 minggu saya berpraktikal..(em..5 bulan 1 minggu lagi..) Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah berikan untuk menempuh minggu2 pertama praktikal yang semestinya mencabar bagi manusia yang biasanya start kelas pukul 10 macam saya.Rutin harian saya mula berubah.Sekarang saya kena keluar bilik 7.30 pagi,naik 2 bas then balik uia around 6.30-7pm..Walaupun sangat penat,saya seronok=)=)Alhamdulillah..

Bila begini,teringat zaman sekolah rendah dulu..pukul 7 pagi dah bertolak ke sekolah.Balik dalam pukul 1,then pukul 2 ke sekolah petang pulak.Pegi sekolah petang lalu satu jalan yang sangat straight.Memang tak perlu belok mana-mana kecuali bila dah nak sampai sekolah kena belok kiri & terus sampai. Sepanjang perjalanan di jalan yang lurus tu(ayat apakah ini…), sawah padi terbentang luas di kanan dan kiri jalan.Macam dalam cerita nur kasih tu..sangat best!Rindunya pada kenangan itu.Zaman sekolah sangat indah kan?

Berbalik kepada praktikal, walaupun cuma berada dalam firm yang small sized,banyak perkara yang saya belajar. Kadang-kadang bila menemani senior berjumpa client, pelbagai ragam manusia boleh dilihat. Juga pelbagai cerita yang dikongsi oleh teman-teman yang sama-sama berpraktikal. Dunia pekerjaan sememangnya mencabar, jika kita tidak tegas dengan prinsip, kita akan mudah hanyut. Mujur juga saya berada dalam company yang 100% Muslim dan semua staff perempuan(the only gentleman there is my big boss). Ada teman-teman yang berada dalam chinese company, yang mana tiada tempat untuk mereka solat dan terpaksa menumpang ruang solat di kedai makan berdekatan. Tatkala mereka bertanya staf senior di situ manakah ruang yang mereka selalu guna untuk solat, jawapan mereka…”Akak solat kat rumah je dik,kat tempat kerja akak tak, kadang-kadang tak sempat lagipun takde tempat nak solat” (oh apakah…) Seandainya dia tahu balasan yang sangat berat untuk mereka yang sengaja meninggalkan solat, pasti tiada lagi alasan sebegitu. Moga Allah menjauhkan saya dan kita semua dari kelalaian seperti itu.Amin..

Buat sahabat2 yang juga sedang berpraktikal,yang jauh..(kak lina kt naina,sha kt klang,zahra kt kedah,zana kt perak…I miss all of u…)dan yang dekat..(kausar n kak cepin kat salihin, my ofismate kak nabila,akla kt jamal amin dll…)selamat bekerja dan sama-sama kita niatkan ia sebagai satu ibadah, agar segala penat dan titik peluh kita tidak hanya jadi sia-sia. Buatlah yang terbaik dalam setiap kerja kita,
namun, dalam usaha menjadi pekerja terbaik mahupun pelajar terbaik,moga semua itu tidak menjadikan kita lupa untuk menjadi hamba yang terbaik di sisi Allah..