Pages

Thursday, January 28, 2010

.............

Dengan nama Allah..

Ketika saya masih kecil,arwah bapa suka mengajarkan kami satu perkara. Mula-mula bapa akan mencubit tangannya sendiri, kemudian berkata kepada kami dalam loghat Indonesia nya yang pekat. Lebih kurang begini: Ya semua…(semua ni maksudnya kitorang 3 beradik la),cuba cubit tangan sendiri. Apa rasanya? sakit kan? Kalau sudah tau sakit, jangan cubit orang lain..(Siapa yang tak faham sila cubit tangan masing2 dengan kuat ok..)

Betul kata bapa. Kalau semua manusia di dunia memahami betapa sakitnya dikasari, tak kisahlah dari segi perasaan,fizikal, @ mental, pasti kita tidak akan mengasari orang lain. Cuma kadangkala sebagai insan biasa, kita sering kalah dengan emosi dan amarah sendiri. Moga bertambah ganjaran buat arwah di alam sana, kerana setiap kali teringat kata2 tersebut, saya jadi berhenti untuk ‘mencubit’ sesiapa.

Tapi, walaupun kita tidak mencubit orang lain kerana tahu ianya menyakitkan , jangan langsung berharap orang lain tidak akan mencubit kita. Jangan langsung mengharap balasan atas apa yang kita beri, biar saja Allah yang menilai. Sesungguhnya Dia sebaik-baik pemberi ganjaran.

Dulu, saya pernah rasa amat kecewa kerana ‘dicubit’ seseorang walaupun selama ini saya seboleh2nya cuba untuk tidak langsung menyakitinya. Memang memedihkan,tapi mujur seorang teman menyedarkan saya di mana keikhlasan saya jika mengharap layanan yang serupa.

Teringat saya pesanan seorang sheikh : ‘Ayyuhaddu’at antum kassyajar,hum yarmikum bilhajar, waantum tarmihim bis tsamar..’

Balaslah cuka dengan madu..tuba dengan susu..
Pandanglah kehidupan ini dengan jiwa yang besar.

No comments:

Post a Comment