Pages

Friday, January 15, 2010

PRACTICAL TRAINING

Dengan nama Allah..

Sedar tak sedar,sudah 3 minggu saya berpraktikal..(em..5 bulan 1 minggu lagi..) Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah berikan untuk menempuh minggu2 pertama praktikal yang semestinya mencabar bagi manusia yang biasanya start kelas pukul 10 macam saya.Rutin harian saya mula berubah.Sekarang saya kena keluar bilik 7.30 pagi,naik 2 bas then balik uia around 6.30-7pm..Walaupun sangat penat,saya seronok=)=)Alhamdulillah..

Bila begini,teringat zaman sekolah rendah dulu..pukul 7 pagi dah bertolak ke sekolah.Balik dalam pukul 1,then pukul 2 ke sekolah petang pulak.Pegi sekolah petang lalu satu jalan yang sangat straight.Memang tak perlu belok mana-mana kecuali bila dah nak sampai sekolah kena belok kiri & terus sampai. Sepanjang perjalanan di jalan yang lurus tu(ayat apakah ini…), sawah padi terbentang luas di kanan dan kiri jalan.Macam dalam cerita nur kasih tu..sangat best!Rindunya pada kenangan itu.Zaman sekolah sangat indah kan?

Berbalik kepada praktikal, walaupun cuma berada dalam firm yang small sized,banyak perkara yang saya belajar. Kadang-kadang bila menemani senior berjumpa client, pelbagai ragam manusia boleh dilihat. Juga pelbagai cerita yang dikongsi oleh teman-teman yang sama-sama berpraktikal. Dunia pekerjaan sememangnya mencabar, jika kita tidak tegas dengan prinsip, kita akan mudah hanyut. Mujur juga saya berada dalam company yang 100% Muslim dan semua staff perempuan(the only gentleman there is my big boss). Ada teman-teman yang berada dalam chinese company, yang mana tiada tempat untuk mereka solat dan terpaksa menumpang ruang solat di kedai makan berdekatan. Tatkala mereka bertanya staf senior di situ manakah ruang yang mereka selalu guna untuk solat, jawapan mereka…”Akak solat kat rumah je dik,kat tempat kerja akak tak, kadang-kadang tak sempat lagipun takde tempat nak solat” (oh apakah…) Seandainya dia tahu balasan yang sangat berat untuk mereka yang sengaja meninggalkan solat, pasti tiada lagi alasan sebegitu. Moga Allah menjauhkan saya dan kita semua dari kelalaian seperti itu.Amin..

Buat sahabat2 yang juga sedang berpraktikal,yang jauh..(kak lina kt naina,sha kt klang,zahra kt kedah,zana kt perak…I miss all of u…)dan yang dekat..(kausar n kak cepin kat salihin, my ofismate kak nabila,akla kt jamal amin dll…)selamat bekerja dan sama-sama kita niatkan ia sebagai satu ibadah, agar segala penat dan titik peluh kita tidak hanya jadi sia-sia. Buatlah yang terbaik dalam setiap kerja kita,
namun, dalam usaha menjadi pekerja terbaik mahupun pelajar terbaik,moga semua itu tidak menjadikan kita lupa untuk menjadi hamba yang terbaik di sisi Allah..

1 comment: