Pages

Friday, January 29, 2010

Muhasabah Cinta


Wahai pemilik nyawaku...
Betapa lemah diriku ini...
Berat ujian dariMu...
Ku pasrahkan semua padaMu...

Tuhan.. Baru ku sedar...
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur...
Kini ku harapkan cintaMu...

Kata-kata cinta terucap indah...
Mengalir berzikir di kidung doaku...
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku...

Butir-butir cinta air mataku...
Teringat semua yang Kau beri untukku...
Ampuni khilaf dan salah, selama ini ya Ilahi...
Muhasabah cintaku...

Tuhan...kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

~Edcoustic~

Thursday, January 28, 2010

.............

Dengan nama Allah..

Ketika saya masih kecil,arwah bapa suka mengajarkan kami satu perkara. Mula-mula bapa akan mencubit tangannya sendiri, kemudian berkata kepada kami dalam loghat Indonesia nya yang pekat. Lebih kurang begini: Ya semua…(semua ni maksudnya kitorang 3 beradik la),cuba cubit tangan sendiri. Apa rasanya? sakit kan? Kalau sudah tau sakit, jangan cubit orang lain..(Siapa yang tak faham sila cubit tangan masing2 dengan kuat ok..)

Betul kata bapa. Kalau semua manusia di dunia memahami betapa sakitnya dikasari, tak kisahlah dari segi perasaan,fizikal, @ mental, pasti kita tidak akan mengasari orang lain. Cuma kadangkala sebagai insan biasa, kita sering kalah dengan emosi dan amarah sendiri. Moga bertambah ganjaran buat arwah di alam sana, kerana setiap kali teringat kata2 tersebut, saya jadi berhenti untuk ‘mencubit’ sesiapa.

Tapi, walaupun kita tidak mencubit orang lain kerana tahu ianya menyakitkan , jangan langsung berharap orang lain tidak akan mencubit kita. Jangan langsung mengharap balasan atas apa yang kita beri, biar saja Allah yang menilai. Sesungguhnya Dia sebaik-baik pemberi ganjaran.

Dulu, saya pernah rasa amat kecewa kerana ‘dicubit’ seseorang walaupun selama ini saya seboleh2nya cuba untuk tidak langsung menyakitinya. Memang memedihkan,tapi mujur seorang teman menyedarkan saya di mana keikhlasan saya jika mengharap layanan yang serupa.

Teringat saya pesanan seorang sheikh : ‘Ayyuhaddu’at antum kassyajar,hum yarmikum bilhajar, waantum tarmihim bis tsamar..’

Balaslah cuka dengan madu..tuba dengan susu..
Pandanglah kehidupan ini dengan jiwa yang besar.

Monday, January 25, 2010

Welcome babies!



cute babies=p..anak siapakah..sy pn tak tahu. pinjam la gmbar anak siape tah..just want to say mabruk kpd kak awin atas klahiran yusuf, dan juga buat sahabat tersayang saya di bumi mesir,atiqah azam atas kelahiran wafa'..tahun ni byk babies..(waiting for kak aizat,kak syahid, kak nabilah,kak husna, kak nadia, kak yaya,my 2 beloved aunties, naili, n mother to be yg lain2..uish ramainya..)moga cute babies ni akan jadi anak soleh/solehah, penyambung rantai perjuangan..amin..

Friday, January 22, 2010

this weekend..

as usual, will be alone sebab all rumets balik. bertambah sunyi sebab semua orang akan balik cuti sem for 1 week,so tinggal la beberapa kerat je kat mahallah.luckily my sis balik lambat sket, so boleh la lepak kat bilik dia, sgt lama tak borak2 dgn dia. bila dah jumpe die, satu lori punye crita pun tak habes.sok teman dia pegi masjid jamek.yezza!
cuti 2 hari je,so kena manfaatkan sebaiknya.walaupun sedih tak dapat g johor=(..em,nak abeskan buku mencari mutiara di dasar hati siri 2,jumpa dengan adik2 comel,gosok baju siap2 untuk 5 hari kerja,review file2 company,n setelkan sume keje2 yang tertangguh.oh lagi satu,update blog=)minggu depan pegi kobanna pulak,ok best!
~alwiz be positive dan husnu dzon yg tinggi pd setiap ketentuan Allah..hati tenang,otak pun tak serabut=p

Friday, January 15, 2010

PRACTICAL TRAINING

Dengan nama Allah..

Sedar tak sedar,sudah 3 minggu saya berpraktikal..(em..5 bulan 1 minggu lagi..) Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah berikan untuk menempuh minggu2 pertama praktikal yang semestinya mencabar bagi manusia yang biasanya start kelas pukul 10 macam saya.Rutin harian saya mula berubah.Sekarang saya kena keluar bilik 7.30 pagi,naik 2 bas then balik uia around 6.30-7pm..Walaupun sangat penat,saya seronok=)=)Alhamdulillah..

Bila begini,teringat zaman sekolah rendah dulu..pukul 7 pagi dah bertolak ke sekolah.Balik dalam pukul 1,then pukul 2 ke sekolah petang pulak.Pegi sekolah petang lalu satu jalan yang sangat straight.Memang tak perlu belok mana-mana kecuali bila dah nak sampai sekolah kena belok kiri & terus sampai. Sepanjang perjalanan di jalan yang lurus tu(ayat apakah ini…), sawah padi terbentang luas di kanan dan kiri jalan.Macam dalam cerita nur kasih tu..sangat best!Rindunya pada kenangan itu.Zaman sekolah sangat indah kan?

Berbalik kepada praktikal, walaupun cuma berada dalam firm yang small sized,banyak perkara yang saya belajar. Kadang-kadang bila menemani senior berjumpa client, pelbagai ragam manusia boleh dilihat. Juga pelbagai cerita yang dikongsi oleh teman-teman yang sama-sama berpraktikal. Dunia pekerjaan sememangnya mencabar, jika kita tidak tegas dengan prinsip, kita akan mudah hanyut. Mujur juga saya berada dalam company yang 100% Muslim dan semua staff perempuan(the only gentleman there is my big boss). Ada teman-teman yang berada dalam chinese company, yang mana tiada tempat untuk mereka solat dan terpaksa menumpang ruang solat di kedai makan berdekatan. Tatkala mereka bertanya staf senior di situ manakah ruang yang mereka selalu guna untuk solat, jawapan mereka…”Akak solat kat rumah je dik,kat tempat kerja akak tak, kadang-kadang tak sempat lagipun takde tempat nak solat” (oh apakah…) Seandainya dia tahu balasan yang sangat berat untuk mereka yang sengaja meninggalkan solat, pasti tiada lagi alasan sebegitu. Moga Allah menjauhkan saya dan kita semua dari kelalaian seperti itu.Amin..

Buat sahabat2 yang juga sedang berpraktikal,yang jauh..(kak lina kt naina,sha kt klang,zahra kt kedah,zana kt perak…I miss all of u…)dan yang dekat..(kausar n kak cepin kat salihin, my ofismate kak nabila,akla kt jamal amin dll…)selamat bekerja dan sama-sama kita niatkan ia sebagai satu ibadah, agar segala penat dan titik peluh kita tidak hanya jadi sia-sia. Buatlah yang terbaik dalam setiap kerja kita,
namun, dalam usaha menjadi pekerja terbaik mahupun pelajar terbaik,moga semua itu tidak menjadikan kita lupa untuk menjadi hamba yang terbaik di sisi Allah..