Pages

Friday, June 22, 2012

Mitsaqan Ghaliza

Entri pertama setelah hampir 5 bulan bergelar seorang isteri. Menjadi seorang isteri, satu lagi nikmat Ilahi yang tidak putus saya syukuri. Pernikahan..satu mitsaqan ghaliza, sebuah perjanjian yang teguh. 3 kali sahaja kata ini disebut dalam Al-Quran:  

1. Allah SWT membuat perjanjian dengan para Nabi Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa (Al Ahzab 73:7) 
2. Allah SWT mengangkat bukit Thur di atas kepala bani Israil dan menyuruh mereka bersumpah setia pada Allah (An Nisa' 4:154) 
3. Allah SWT menyatakan hubungan pernikahan (An Nisa' 4:21) 

 Benar, ikatan perkahwinan itu satu perjanjian yang berat.Dengan perjanjian ini, sumai punya hak ke atas isteri, isteri juga punya hak ke atas suami. Perjanjian ini diikat untuk merebut cita-cita tertinggi - syurga Allah swt, yang perlu sama-sama diusahakan oleh suami isteri. Perkahwinan adalah satu nikmat dari Allah, namun pasti dan pasti, untuk merebut syurga itu, bukan sedikit ujian dari Allah. Bagi aktivis dakwah, ujian utama pastilah kelangsungan dalam dakwah setelah diijab kabulkan. Beransur-ansur, perjuangan ditinggalkan atas alasan keluarga, isteri, suami mahupun anak-anak hingga terlupa atas dasar dakwahlah mereka disatukan. [moga Allah memberi kekuatan buat saya dan suami untuk terus tegar bila mana diuji begini]



Ramai yang bertanya, apakah perasaan setelah memasuki fasa baru kehidupan ini? Apa yang saya mampu lafazkan, hanyalah kesyukuran yang tidak terhingga pada Allah. Kisah cinta selepas kahwin kami, biarlah tersimpan rapi dalam memori indah berdua.

Buat saudariku yang sedang asyik dalam cinta dunia, ketahuilah bahawa cinta setelah nikah itu lebih indah, tiada kepalsuan dan pastinya lebih barakah. Mahukah kalian melangkah ke perjanjian yang berat ini dengan permulaan yang salah..? 

Buat sahabat-sahabatku yang masih menanti , yakinlah bahawa kuncinya adalah doa dan menjaga kemuliaan diri. Di sana, Allah sedang menyediakan yang terbaik atas kesabaranmu. 

 Dan buat para isteri, semoga kita dapat sama-sama menjadi bidadari terindah buat suami~