Pages

Thursday, December 29, 2011

2011



Masa terlalu pantas berlalu, lg beberapa hari sahaja 2011 bakal melabuhkan tirai. Terlalu banyak suka duka tercatat dlm tahun ini. Terlalu banyak nikmat utk disyukuri, dan juga ujian demi ujian buat muhasabah diri, sebagai kafarah dosa2 lalu, dan moga sebagai asbab untuk menaikkan lagi darjat hamba di sisi Rabb.

Arwah ayah & hafazan

31 Disember ini genaplah 7 tahun ayah kembali bertemu penciptanya, dan genap 6 tahun saya mengkhatamkan hafazan Al Quran buat pertama kali. Kelakar juga rasanya bila teringat bagaimana saya sengaja memperlahankan sedikit tempo hafazan semata mata mahu khatam pada tarikh itu, entah berapa kali ustazah tasmik menegur bila mahu khatam. Sengaja memilih tarikh itu. Ayah pergi seminggu sebelum pendaftaran saya di DQ, moga setiap ayat Allah yang dihafaz dapat menambah pahala ayah di alam sana. 7 tahun perginya ayah, saya belajar menjadi lebih berdikari, sabar dan menghargai insan2 di sekeliling saya. 6 tahun setelah khatam, tidak langsung saya berbangga dengan hafazan saya sekarang. Saya sangat merindui ketegasan ustaz ustazah tasmik, DQ mahupun UIA. Saya hanya bergantung harap pada istiqamah & disiplin saya sendiri, yang sentiasa ada turun naiknya. Menjadi hamlatul Quran bukan mudah, tapi dengan mujahadah, ia boleh menjadi sangat indah.

Hospitals

2011 tahun yang sangat bercinta dengan hospital. Hosp Selayang, HTAR Klang, PCMC.

Bulan 5, first time ever in life, warded kt Selayang, second time bulan 9 ke 10 entah kt PCMC. Sebenarnya saya bukan jenis suka jumpe doktor melainkan sangat terpaksa. Bila duk hospital merasa la GA, LA..dapat tau term2 medic sdikit sebanyak, not so bad la.

Bulan 8 mak pulak warded kt Klang sebab TB. Sambut birthday sendiri kt hospital. Memang sangat rasa tarbiyah sabar dari Tuhan. Saban kali berulang Cheras-Klang-Bukit Bintang dengan public transport yang lagi dhsyat dari tin sardin, rushing ke hospital after kerja nak kejar waktu melawat, buka puasa pun dalam komuter je. Menambah koleksi tarbiyah untuk bekal ujian yang mendatang, insyaAllah.

Travel

Tahun ni jugak tahun yang sgt banyak berada atas jalan, berada atas kenderaan awam. Terima kasih adik2 & kawan2 yang sudi memberi ruang untuk berteduh , ‘unta-unta’ untuk dinaiki, ketika tanggungjawab membutuhkan saya untuk menjadi ‘musafir’ seketika. It’s really meaningful for me. Seperti kata seorang adik, saya dah ada rumah ketiga:).

Before ends, 2011 memang tahun yang sangat manis untuk dikenang..:)

Sweet memories

-Graduated with first class degree

- My first job interview with RHB Islamic, then being an executive there

-Saga FL for my family

-Home sweet home

-Beautiful eid

-……………..:) +………………:)) +……………….:)))

Alhamdulillah..terima kasih Allah untuk tahun ini.. Sayonara 2011, moga 2012 yang bakal datang akan penuh barakah~



Wednesday, November 30, 2011

Ar Rahman Ar Rahim

Pernah satu ketika saya mendapat rezeki dari sumber yang tidak disangka2

Saya berbisik sendiri, istiqamahkah saya dengan solat dhuha

Selalu juga Allah ‘menyelamatkan’ saya dalam situasi di mana saya sendiri sudah hilang punca

Saya merenung kembali, cukupkah tawakkal dan pergantungan saya padaNya selama ini?

Dan seringkali saja Allah memakbulkan permintaan saya

Tanpa sempat saya benar-benar mensyukuri nikmat sebelumnya

Mengingati semua ini, saya jadi malu sendiri

Sungguh, Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang

Jika mahu diukur amalan kita dengan nikmat kurniaanNya

Sejauh langit dan bumi pun belum tentu setara lagi..

~maka nikmat Tuhan yang manakah kau dustakan~

Wednesday, October 26, 2011

'berbincanglah dahulu'

Berkunjung dari blog ke blog (baca: blog yang dimiliki insan yang ada ‘jiwa’) memang hobi saya. Saya seorang silent reader yang setia. Bagi saya, penulisan medium yang sangat baik untuk mengesani jiwa. Tidak kiralah sama ada tulisan berbentuk ilmiah mahupun sekadar kisah hidup seharian, pasti akan terselit pengajaran yang dapat dimanfaatkan pembaca, asal saja penulis itu punya ruh penulis sebenar.Jadi ,buat para blogger yang sentiasa mengesani jiwa saya , jangan berhenti menulis!

Singgah ke blog dr z, terbaca semula entry ‘berbincanglah dahulu’. Sungguh tepat pada masa. Walaupun saya bukan dalam situasi terdesak untuk memutuskan sekarang, pertanyaan sekali lagi itu benar2 membuat saya berada ‘di tengah-tengah’. Sangat lumayan. Sangat sayang utk dilepaskan. Tapi, ada perkara yang perlu dikorbankan. Istikharah perlu disertai isytisyarah. Berbincang itu perlu,kerana pasti ada sudut yang tidak terlihat oleh satu pandangan sahaja. Moga cepat bertemu mereka-mereka itu.

Sunday, October 23, 2011

09.10.11


09.10.11

Cantik kalau buat tarikh nikah.hehe.

It was my convocation day. Alhamdulillah.

Masih terlalu kuat di ingatan saya, 4 tahun yang lalu, saya melangkahkan kaki buat pertama kali di bumi Gombak ini seorang diri. Tika sahabat2 dengan mudah melepasi stesen2 pendaftran di CAC, saya menebalkan muka membawa surat dari pusat zakat Selangor ke meja pendaftaran, menyatakan saya anak asnaf & PZS akan membayar yuran pendaftaran saya. Kini setelah 4 tahun, saya melangkah lagi ke bumi Gombak ini. Tapi kali ini bersama keluarga saya yang tercinta, menaiki pentas CAC dengan bangga dan penuh rasa syukur,akhirnya, saya membawa pulang segulung ijazah dengan kepujian kelas pertama.

Segulung ijazah ini bukan untuk memaknakan jerih menuntut ilmu semata2. Tapi juga hasil pengorbanan seorang ibu, sokongan keluarga,keikhlasan para murabbi, lambang sebuah persahabatan, kekuatan sistem tarbiah yang sangat mengesani jiwa saya dan paling utama, kasih sayang & rahmat sang Pencipta. Saya hadiahkan kejayaan ini buat mereka semua, tanpa salah satunya mana mungkin saya mencapai impian ini.

Moga ijazah ini mendekatkan lagi pengabdian saya pada Tuhan. Menjadi asbab dakwah ini akan bergerak lebih laju. Jika dulu saya ingin buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan, bukan juga penghalang untuk bergerak aktif dalam dakwah, saya berdoa, rezeki demi rezeki yang Allah kurniakan ini tidak membuat saya terus leka dengan dunia, tapi menggunakannya untuk memacu agenda ummah. A new chapter begins,insyaAllah.

Wednesday, September 28, 2011

In the middle

1. Working at London
2. Travelling within Southeast
3. Finding another job
4. Continue study

Hidup ini terlalu banyak pertembungan. Dan pertembungan membuatkan manusia perlu membuat pilihan. Kadangkala manusia punya impian, cita-cita, tapi ada sesuatu yang menghalang.

Yang penting adalah paksi utama kita dalam membuat pilihan. Adakah maslahah sendiri mengatasi maslahah ummah yang lebih besar.

Ya Tuhan, tunjukkanlah jalan.

Sunday, September 4, 2011

beautiful eid

This eid was very beautiful. I wish both adik and I dont have to work tomorrow.
but life must go on. praise be to Allah for the cafe latte, the four of us have wonderful time together.
I bet adik cant wait for our next agenda. like she said, everyone (except abang,hehe..) has their own agenda. But this one is ours. the one that we've been waiting for long. I hope Allah will make it ease for us and give His blessings. Allah, truly ar-Rahman and ar-Raheem.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Friday, August 26, 2011

Kernaku Seorang Daie

entah dari mana datang kekuatan, saya menegur kelakuan lelaki itu. sedikit pun saya tidak meninggikan suara.saya tidak mengenalinya kerana dia staff baru di tempat saya. berlainan division tapi berada di level yang sama. mungkin bagi nya itu perkara kecil, tapi kata2nya pada sahabat saya bagi saya, amat merendahkan maruah seorang perempuan. menganggap semua perempuan adalah sama adalah satu kesilapan. dia tetap merasakan dia yang benar dan kami hanya membesar2kan perkara kecil. saya tidak menyalahkannya kerana latar belakangnya yang tidak membesar dalam suasana Islami tetapi saya terkilan dengan sikapnya yang bukan saja tidak mahu menerima apa yang disampaikan malahan memusuhi kami.

pada malam Ramadhan ini saya doakan Allah melembutkan hatinya untuk menerima kebaikan.amin ya Rabb. juga doa buat diri saya sendiri agar terus diberi kekuatan untuk istiqamah dan saling menasihati. sejak bertukar level, saya dikelilingi teman2 yang berpakaian 'separuh maut'. ya Allah, kurniakanku hikmah para daieMu untuk membimbing mereka.

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”-Hassan Al Basri

Thursday, August 25, 2011

Allahu yassir

Kesian dia,

Kesian jasad dan roh kita,

penat-penat mencarinya,
...
penat-penat kita mengejarnya,

menangis kerana susah mendapatkannya,

bersengkang mata untuk melihatnya sblm menghafalnya,

berkering tengkuk membacanya,

lantas,

dengan izin pemiliknya,

hadir juga ia dalam dada,

dikala ia masih bisa dibaca dengan lancarnya,

senyuman terus terukir tanda syukur dan gembira,

ia juga senang dengan kita,

tatkala kita sentiasa bersamanya,

dimana sahaja,

lidah menyebutnya,

hati mengingatinya,

kedudukannya, mukasuratnya, maksudnya..

namun dikala kita sedikit alpa,

dan tertekan dgn kepadatan masa,

serta sibuk dengan hal-hal semasa,

mudahnya kita meningalkannya,

mudahnya kita melupakan kepenatan jasad dan jiwa,

yang telah berpenat mendapatkannya,

mampukah kita memujuknya kembali?

untuk hadir sekali lagi dalam hati,

sedangkan kita memalingkan diri..

meminggirkannya (kononnya)untuk hal yang lebih penting,

senangnya kita melupakannya,

seolah ia benar-benar sudah lekat di dada,

tidak..tidak..

sekali ia merajuk,

mampukah dipujuk..

berdoalah..dan berusahalah..

untuk sentiasa dekat dengannya..

untuk sentiasa melafazkannya..

untuk sentiasa menangis kerananya mesejnya..

untuk kemana sahaja, ada ia bersama,

perawat hati yang berduka,

penerang jiwa yang gelap gelita,

kawan yang sentiasa bersama,

penunjuk jalan kebenaran di dunia,

peneman di kubur sana..

cahaya penghalang ketakutan..

pengiring setia ketika menghadap Pemilik Yang Agung..

Allahu yassir..

Thursday, July 28, 2011

Sepanjang Jalan Ini (2)

Di KISAS dulu, saat paling indah tika bersendiri di musalla, sebelum azan subuh. Sangat tenang. Yang ada selalunya hanya dalam 4-5 orang sedang mengaji sementara menanti subuh. Tapi, makin lama rutin itu makin jarang saya lakukan. Makin lama, realiti SBP sangat memberi tekanan. Ada sahabat yang sambil berjalan pun boleh baca buku.Satu ketika, saya keliru sama ada patut mengikut rentak atau terus berteman dengan'ketenangan' yang baru saya temui.

Tidak saya maksudkan sahabat2 yang sangat bersungguh dlm pelajaran kurang agamanya. Tidak langsung kerana mereka asalnya dr sekolah2 agama yg hebat2. Sementelah saya, dr sekolah harian biasa. Baru ingin memahami dengan jelas indahnya hidup berTuhan..kenapa Islam jadi pilihan.pd masa sama ada tggungjawab berat sbgai pelajar utk ditunaikan.

Saya memilih jalan saya. Syukur ditemukan dgn akak2 yg mmpu menjadi qudwah. Kak Marhamah, Kak Husna, Kak Syida dan ramai lg yg x kan mmpu tersebut semuanya di sini. Sesibuk mana pun, ada rutin yang saya pastikan akan saya lakukan biarpun ketika itu masih ada homework yg belum selesai. Seperti janggal pd kebanyakan.

Sunday, July 24, 2011

Hipokrit

Buat apa nak pakai tudung kalau tidak ikhlas
hipokrit!! lebih baik free hair je..

siapa suruh jadi hipokrit
jadilah diri sendiri
tp diri sendiri yg lbih baik dr hari ke hari
kalau selama ni tak tutup kepala
esok cuba2 lah pakai selendang
tu bukan hipokrit namanya
tapi keinginan untuk berubah
biarlah org nk kata apa
kalau tak sampai bila kita takkan berubah
selagi ada mulut selagi tu manusia akan berbunyi
biarkan saja orang pertikaikan
niat sebenar seseorg bukan urusan kita
ikhlas atau tidak
itu urusan Allah

“Barang siapa yang hari ini sama saja dengan kelmarin, merugilah dia. Jika hari ini lebih buruk dari kelmarin, dia celaka.Dan beruntunglah bila hari ini lebih baik dari kelmarin.” (HR Bukhari)

Sunday, July 17, 2011

Sepanjang Jalan Ini (1)

Sudah sebulan setengah mnjadi eksekutif di sebuah bank. Alhamdulillah, masih teguh berada di jalan ini. Jalan yg saya yakini akan mengembalikan kalimah Allah di tingkat teratas. Fasa pekerjaan terlalu bnyk cabaran. Saya sendiri menyedari sumbangan saya terhadap jalan ini berkurang jika dibanding dengan zaman belajar. Saya berharap saya dapat menstabilkan kehidupan saya secepat mungkin, agar dakwah ini mampu saya pacu lebih laju. Allah..mudahkanlah.


Alhamdulillah, fasa sebagai pelajar undergrad telah selamat saya lalui bersama dkwah yg saya dukung ini. Segala pujian bagi Allah yg menetapkan hati saya di jalan ini & menemukan saya dgn insan2 berjiwa besar yg sntiasa membimbing dan menasihatkan.

Caturan Allah terlalu indah. Masih ingat ketika mendapat tawaran ke KISAS, saya sudah langsung tidak menaruh harapan untuk berpindah sekolah memandangkan saya memahami kos belajar di SBP agak tinggi berbanding sekolah harian, tak mampu ditanggung pd ketika itu. Dalam diam, classmate saya memberitahu guru2 saya & dipendekkan cerita, pengorbanan guru2 saya telah membawa saya melangkah ke bumi waqafan.

Di sini saya belajar utk melazimkan solat jemaah setiap waktu. Saya masih ingat lagi, dek kerana tidak biasa solat jemaah seharian ditambah jadual harian pelajar asrama yg padat, saya pernah tertidur sewaktu sujud tika menanti imam untuk bangun. Di sini saya belajar memakai tudung labuh, saya mengenal istilah usrah, saya bertemu akak2 & teman2 yang solehah..

bersambung

Thursday, July 7, 2011

Amal yang Hidup

zuhur td ada kuliah sperti biasa di surau menara yayasan. turun sdikit lewat, ada tugasan perlu dibereskan. dan sprti selalu, ustaz penceramah dr kelantan. kdg2 ada jugak yg tak faham, sbb tibe2 je terpinga2 knapa org gelak. satu phrase ustaz yg melekat di hati.."biar kita mati, tapi pahala kita hidup.."

andai aku mati sebentar lg, apa yg akan mmbuatkan phala aku hidup?

mgharap doa anak yg soleh, mustahil
sedekah jariah, berapa la sgt..

ilmu yg bermanfaat. yup.

lets go for it.

yg suka mnulis, boleh share ilmu di blog. yg x minat, pling2 pn leh share sumthing yg brmnfaat kt fb, drpd tulis status yg sebesar zarah pn xde manfaat..

kt tmpt kerja, kt kelas, trlalu byk ilmu yg boleh dikongsi. nak atau tidak je. soal rajin atau malas.

kita takkan tahu bila kita akan mati, yg boleh kita buat adalah brusaha utk pastikan amalam kita sntiasa hidup, wpun setelah kita mati.

waiting for next kuliyyah zuhur~

Sunday, June 12, 2011

hope

sgt benar, Allah sumber kekuatan.
jika tidak yakin adanya Allah, pd siapa lg boleh disandarkan harapan. pd ketika terasa hidup begitu sempit dan dunia seakan menghukum.

Saturday, May 7, 2011

Pelangi

pelangi pelangi adakah indahnya
merah kuning hijau di langit yang biru
pelukismu aku siapa gerangan
pelangi pelangi ciptaan Tuhan

ni lagu pelangi yg dinyanyikan sepupu saya berusia 5 tahun. saya agak musykil dgn lirik yang dinyanyikan. setelah google beberapa minit saya jumpe lirik sebenar. 2 kesalahan dikenal pasti

adakah indahnya = alangkah indahnya
pelukismu aku = pelukismu agung



here is the singer..!





bersama telekung strawberi..can u see the strawberries?:P

kanak2 mampu menghilangkan stress. kucing juga.

Allah Maha Besar..setiap ciptaanNya banyak manfaat.

Tuesday, May 3, 2011

rinduku pada baitullah

beberapa hari lepas sahabat baik saya selamat kembali ke malaysia selepas 2 minggu mengerjakan umrah. sempat dia mengirimkan beberapa MMS ketika dia di tanah suci. ramai sahabat2 saya yang telah, sedang dan akan mengerjakan umrah dalam masa terdekat. alangkah bertuahnya mereka menjadi tetamu Allah pada usia muda. sungguh, saya sangat teringin menjejaki haramain. bertawaf, sujud di depan Kaabah, menikmati setiap detik ibadah di baitullah.

ya Allah..aturkanlah rezeki yang baik buatku, buat keluargaku, buat sekalian hamba2Mu yang terlalu rindu untuk menjadi tetamuMu.

jemputlah kami ke sana ya Allah..