Pages

Friday, August 26, 2011

Kernaku Seorang Daie

entah dari mana datang kekuatan, saya menegur kelakuan lelaki itu. sedikit pun saya tidak meninggikan suara.saya tidak mengenalinya kerana dia staff baru di tempat saya. berlainan division tapi berada di level yang sama. mungkin bagi nya itu perkara kecil, tapi kata2nya pada sahabat saya bagi saya, amat merendahkan maruah seorang perempuan. menganggap semua perempuan adalah sama adalah satu kesilapan. dia tetap merasakan dia yang benar dan kami hanya membesar2kan perkara kecil. saya tidak menyalahkannya kerana latar belakangnya yang tidak membesar dalam suasana Islami tetapi saya terkilan dengan sikapnya yang bukan saja tidak mahu menerima apa yang disampaikan malahan memusuhi kami.

pada malam Ramadhan ini saya doakan Allah melembutkan hatinya untuk menerima kebaikan.amin ya Rabb. juga doa buat diri saya sendiri agar terus diberi kekuatan untuk istiqamah dan saling menasihati. sejak bertukar level, saya dikelilingi teman2 yang berpakaian 'separuh maut'. ya Allah, kurniakanku hikmah para daieMu untuk membimbing mereka.

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”-Hassan Al Basri

Thursday, August 25, 2011

Allahu yassir

Kesian dia,

Kesian jasad dan roh kita,

penat-penat mencarinya,
...
penat-penat kita mengejarnya,

menangis kerana susah mendapatkannya,

bersengkang mata untuk melihatnya sblm menghafalnya,

berkering tengkuk membacanya,

lantas,

dengan izin pemiliknya,

hadir juga ia dalam dada,

dikala ia masih bisa dibaca dengan lancarnya,

senyuman terus terukir tanda syukur dan gembira,

ia juga senang dengan kita,

tatkala kita sentiasa bersamanya,

dimana sahaja,

lidah menyebutnya,

hati mengingatinya,

kedudukannya, mukasuratnya, maksudnya..

namun dikala kita sedikit alpa,

dan tertekan dgn kepadatan masa,

serta sibuk dengan hal-hal semasa,

mudahnya kita meningalkannya,

mudahnya kita melupakan kepenatan jasad dan jiwa,

yang telah berpenat mendapatkannya,

mampukah kita memujuknya kembali?

untuk hadir sekali lagi dalam hati,

sedangkan kita memalingkan diri..

meminggirkannya (kononnya)untuk hal yang lebih penting,

senangnya kita melupakannya,

seolah ia benar-benar sudah lekat di dada,

tidak..tidak..

sekali ia merajuk,

mampukah dipujuk..

berdoalah..dan berusahalah..

untuk sentiasa dekat dengannya..

untuk sentiasa melafazkannya..

untuk sentiasa menangis kerananya mesejnya..

untuk kemana sahaja, ada ia bersama,

perawat hati yang berduka,

penerang jiwa yang gelap gelita,

kawan yang sentiasa bersama,

penunjuk jalan kebenaran di dunia,

peneman di kubur sana..

cahaya penghalang ketakutan..

pengiring setia ketika menghadap Pemilik Yang Agung..

Allahu yassir..