Pages

Saturday, December 18, 2010

semester bermula

semester baru bermula..

1. ini merupakan final sem sy inshaAllah. sekali lg mengambil 21.5 credit hours. sebolehnya sy mahu melalui sem ini dgn ksungguhan, entah bila sy bakal menjadi pelajar lg. sedih pula rasa kerana bakal meninggalkan bumi UIA.

2. langkah pertama itu penting. ia bakal mencorakkan arah kita seterusnya. awal2 lagi sy sudah hilang fokus utk sem ini, sy harap fokus sy akan kembali.

3. dalam masa kurang seminggu sy akan meletakkan jawatan dlm steadfast secara rasminya. masih tringat "penerimaan" sy ketika diberi amanah itu, rupanya setahun tu tidaklah terlalu lama. banyak perkara sy belajar, terima kasih teman2. terlalu banyak kekurangan dlm menunaikan amanah itu, mg Allah ampuni sy. bila melihat kesungguhan junior utk meneruskan legasi kami, sy rs bangga, lega & gembira. all the best to all of u.

4. pengisian ustaz shuhaib tentang amal dakwah di kampus memberi semangat baru utk sy meneruskan amal2 dkwh. seperti pesan ustaz, berada dalam jalan ini mestilah atas paksi keimanan, bukan paksi individu. amal dakwah bukan perkara sampingan yang hny dilakukan bila ada kelapangan. dakwah perlukan kesungguhan kerana ia tugas yg berat. pendakwah perlu ada bekalan & persiapan. sibuk mana pun tugas dakwah, amal2 fardi& qiamullail perlu seiring.pendakwah harus byk berkorban, lebih2 lagi golongan awal. tp pendakwah sejati tak perlukan pujian manusia ats pengorbanan & sumbgn yg diberi. susah payah, jerit perih kita biarlah hanya Allah yg tahu, kerana Dia yg berhak menilai.

5. bila direnung kembali, banyak kesilapan pernah sy lakukan. pd Allah & pd manusia. ada ksilapn yg boleh diperbetulkan, tp ada yg tidak mungkin ditebus kembali. rasa sedih & bersalah bila kesilapan itu memberi kesan pd orang lain. membaca buku Mencari Mutiara di Dasar Hati, sedikit menenangkan hati. tajuk ke 14- agar kesalahan menjadi pintu kebaikan.

~kemaksiatan bukan akhir dari segalanya. melakukan dosa & kesilapan tak bererti kejatuhan yg pelakunya tidak bisa bangkit kembali. kemaksiatan dan dosa ternyata bisa menjadi pintu kebaikan bagi pelakunya. syaratnya hanya satu-perbaharui taubat.pintu kebaikan ada di mana shj termasuk di hadapan pelaku kemaksiatan. jgn mencela brlebihan perilaku maksiat yg dilakukan org lain krana mungkin sj pelaku maksiat itu mampu melakukn kesolehan yg tidak bisa kita lakukan. jika kita ikhlas, Allah pasti akan menggantikan kenikmatan dosa & kesalahan itu dgn sesuatu yg jauh lebih baik..~