Pages

Saturday, April 3, 2010

Ke mana langkah kita?

Sementara tunggu makanan yang diorder siap,saya duduk di bilik TV.Semua tengah tengok Diari AF.Jujurnya, saya memang tak tengok AF,kat rumah takde Astro pun. Tapi banyak jugak yang saya tahu sebab saya baca dari paper. Saya perlu tahu juga apa yang berlaku, supaya tak jadi daie yang macam katak bawah tempurung.

Jarum hedonisme memang telah berjaya dicucuk oleh kafir laknatullah. Kalau tak masakan AF boleh bertahan hingga 8 musim. Belum lagi rancangan2 realiti yang lain. Muzik memang sebati dengan jiwa remaja. Saya juga dulu bukan mudah untuk meninggalkan semua hiburan2 melalaikan ni.Apatah lagi bila orang2 di sekeliling asyik memutar lagu2 sebegitu.Kepada Allah saya berlindung.

Saya bukan mahu menulis entri tentang hedonism,panjang betul intro. Saya sedikit terkesan bila melihat cerita2 belakang tabir pelajar2 AF. Mereka sungguh2 berusaha demi memastikan dapat perform yang terbaik & tidak tersingkir. Bukan sedikit tenaga, masa dan pengorbanan yang dicurahkan selama pengajian mereka di akademi.

Semua manusia di dunia juga berpenat lelah seperti mereka. Seorang pelajar, menteri,pendakwah, petani malahan blogger sekalipun, setiap dari kita berusaha bersungguh2 untuk tujuan masing2. Tapi usaha manakah yang mampu menjadi pemberat amal di padang Mahsyar kelak? Adakah segala jerih perih kita yang bukan sekejap ini semuanya hanya sia2, tiada nilai & hanya ibarat debu yang berterbangan?

Mulakan hari-hari kita dengan bismillah, moga setiap langkah dan nafas kita adalah kerana ALLAH.

No comments:

Post a Comment