Pages

Tuesday, April 20, 2010

rindu



Dalam perjalanan ke kafe HS selepas pulang dari tempat praktikal, bertembung dengan adik2 sekolah yang menjadi peserta Interschool debate. Terpandang satu lencana tertera Kolej Islam Sultan Alam Shah. Membuakkan rasa rindu yang teramat dalam hati. Rasanya sudah lebih 4 tahun saya tidak ke sana.

Bumi KISAS cukup istimewa bagi saya. Tentu saja kerana 5 uniques nya..walaupun di situlah tempat belajar paling stress sepanjang hidup saya (rasanya amek degree pun tak stress macam tu..) Saya rindu pada tarbiyyah di sana. Setiap hari solat jemaah setiap waktu, solat dhuha during weekend, tazkirah sepanjang masa (kt musolla, kt kelas, perhimpunan, hatta kt dorm before tido), & baca al mulk sama2 dgn budak2 dorm.

Saya bersyukur Allah tempatkan saya di sana (bukan mudah untuk saya akhirnya belajar di sana, will share it later), menjadi asbab untuk saya lebih memahami agama saya, menjadi turning point kehidupan saya. Ya, saya culture shock pada mulanya, memandangkan saya dari sekolah harian biasa. Alhamdulillah atas kesabaran yang Allah berikan untuk tidak memberontak seperti segelintir sahabat lain. Dan semoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah (walaupun sangat berat). Gembira melihat sahabat2 yang masih seperti dulu, walaupun terlalu ramai yang sudah ‘tidak seperti dulu’.

Sama ada sedar atau tidak, Allah sentiasa menghadirkan peluang untuk kita menjadi lebih baik. Ada yang memang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan agama, kadang2 Allah temukan kita dengan sahabat yang boleh membimbing, mungkin juga ditempatkan dalam suasana yang Islami, dan macam2 cara lagi. Terpulang pada kita sama ada mahu terus mencipta alasan dan mensia-siakan peluang atau menjadikan ia satu titik bermakna untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik. Bila peluang dilepaskan begitu saja, statement ‘hidayah tak sampai lagi’ sepatutnya dah tak relevan.

~Fastaqim kama umirta~..ni motto bumi waqafan

No comments:

Post a Comment