Pages

Friday, June 11, 2010

random

sekitar 3 minggu tidak mengupdate blog..

Program Siswa Turun ke Desa

Alhamdulillah, setelah beberapa rentetan kisah dan catatan suka duka yang panjang, berjaya juga program ni disempurnakan. 3 hari, 2 malam berada di malim nawar,kampar, perak meninggalkan pelbagai kenangan buat saya.Sebagai urusetia, memang bukan mudah untuk menjayakan program besar seperti ini jika tiada persiapan rapi. Masa hanya sebulan yang kami ada untuk buat preparation (berurusan dengan 3 buah kampung, handle participant dari UIA & universiti luar, beli barang etc)memang tidak cukup sebenarnya. Credit untuk semua urusetia dan team Steadfast yang bertungkus lumus & bersengkang mata untuk program ni.


Saya bersama seorang lagi peserta merangkap urusetia, mendapat keluarga angkat di Kg. Tualang Sekah. Tika ada beberapa peserta mendapat rumah batu,bilik seperti bilik pengantin, rumah ber'air cond' dan sewaktu dengannya, saya bertuah dapat merasai suasana kampung sebenar (walaupun saya memang berasal dari kampung). Sangat tenang, mendamaikan, jauh dari aura kesombongan manusia.

Pada malam terakhir kat sana, ada kenduri kesyukuran & malam kebudayaan. Sangat tertarik dengan gelagat seorang adik umur 5 tahun main rebana. So cute~

Kami tinggalkan daerah Kampar dengan 1001 kenangan..Till we meet again~

Perhimpunan Solidariti di Kedutaan Turki

Sayangnya, saya tidak dapat menyertai 'demonstrasi' bersama team Pembina, ISMA & Aman Palestin ni kerana terikat dengan komitmen di tempat praktikal. Mujur dapat bantu sedikit sebanyak menyiapkan kain rentang malam sebelum kejadian. Dapat juga saya menyumbangkan sesuatu walaupun terlalu kecil jika dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin.

Ada pihak memandang sinis usaha demonstrasi@ perhimpunan seperti ini. Itu hak setiap individu untuk punya pendapat masing2, tapi sebagai satu contoh mudah, kalau kawan kita buat something good, kita patut tunjuk our support, so dia akan lagi motivate untuk teruskan kebaikan tu & dia tahu dia tak keseorangan dalam perjuangkan kebaikan. Dan kalau ada seseorang buat something evil, bila kita hanya diam,tak tunjuk yang kita benci & tak suka dengan perkara tu, orang akan ingat kita setuju & dia pun berani nak buat sesuka hati sebab takde orang berani nak halang. same goes here. tapi, bukan demo yang hanya ikut emosi, menimbulkan huru hara, dan tanpa tindakan susulan.

moga isu Palestin ni dapat jadi wadah penyatuan ummah tanpa mengira fahaman dan politik. dan moga kepentingan diri masing2 dapat dilupakan untuk merealisasikan penyatuan ni. inna nasrallah qarib~

Practical Training

Tinggal hanya 2 minggu. Saya tak sabar tunggu the end of this, tapi tak dapat bayangkan macam mana nak belajar kembali after half year tinggalkan buku. Mintak2 otak belum berkarat lagi.

------------------------------
Next semester, so many things I have to do and so many things i want to do..so there must be something I have to forgo.

Btw, alfun mabruk to my ex dorm mate, Naili , atas kelahiran Umar Ziyad di UK, dan kepada Kak Husna (nama baby belum sampai ke pengetahuan).Semoga kedua2nya kuat menggalas tanggungjawab sebagai ibu & student at the same time.

Sayonara~

No comments:

Post a Comment