Pages

Tuesday, April 20, 2010

rindu



Dalam perjalanan ke kafe HS selepas pulang dari tempat praktikal, bertembung dengan adik2 sekolah yang menjadi peserta Interschool debate. Terpandang satu lencana tertera Kolej Islam Sultan Alam Shah. Membuakkan rasa rindu yang teramat dalam hati. Rasanya sudah lebih 4 tahun saya tidak ke sana.

Bumi KISAS cukup istimewa bagi saya. Tentu saja kerana 5 uniques nya..walaupun di situlah tempat belajar paling stress sepanjang hidup saya (rasanya amek degree pun tak stress macam tu..) Saya rindu pada tarbiyyah di sana. Setiap hari solat jemaah setiap waktu, solat dhuha during weekend, tazkirah sepanjang masa (kt musolla, kt kelas, perhimpunan, hatta kt dorm before tido), & baca al mulk sama2 dgn budak2 dorm.

Saya bersyukur Allah tempatkan saya di sana (bukan mudah untuk saya akhirnya belajar di sana, will share it later), menjadi asbab untuk saya lebih memahami agama saya, menjadi turning point kehidupan saya. Ya, saya culture shock pada mulanya, memandangkan saya dari sekolah harian biasa. Alhamdulillah atas kesabaran yang Allah berikan untuk tidak memberontak seperti segelintir sahabat lain. Dan semoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah (walaupun sangat berat). Gembira melihat sahabat2 yang masih seperti dulu, walaupun terlalu ramai yang sudah ‘tidak seperti dulu’.

Sama ada sedar atau tidak, Allah sentiasa menghadirkan peluang untuk kita menjadi lebih baik. Ada yang memang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan agama, kadang2 Allah temukan kita dengan sahabat yang boleh membimbing, mungkin juga ditempatkan dalam suasana yang Islami, dan macam2 cara lagi. Terpulang pada kita sama ada mahu terus mencipta alasan dan mensia-siakan peluang atau menjadikan ia satu titik bermakna untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik. Bila peluang dilepaskan begitu saja, statement ‘hidayah tak sampai lagi’ sepatutnya dah tak relevan.

~Fastaqim kama umirta~..ni motto bumi waqafan

Saturday, April 3, 2010

Ke mana langkah kita?

Sementara tunggu makanan yang diorder siap,saya duduk di bilik TV.Semua tengah tengok Diari AF.Jujurnya, saya memang tak tengok AF,kat rumah takde Astro pun. Tapi banyak jugak yang saya tahu sebab saya baca dari paper. Saya perlu tahu juga apa yang berlaku, supaya tak jadi daie yang macam katak bawah tempurung.

Jarum hedonisme memang telah berjaya dicucuk oleh kafir laknatullah. Kalau tak masakan AF boleh bertahan hingga 8 musim. Belum lagi rancangan2 realiti yang lain. Muzik memang sebati dengan jiwa remaja. Saya juga dulu bukan mudah untuk meninggalkan semua hiburan2 melalaikan ni.Apatah lagi bila orang2 di sekeliling asyik memutar lagu2 sebegitu.Kepada Allah saya berlindung.

Saya bukan mahu menulis entri tentang hedonism,panjang betul intro. Saya sedikit terkesan bila melihat cerita2 belakang tabir pelajar2 AF. Mereka sungguh2 berusaha demi memastikan dapat perform yang terbaik & tidak tersingkir. Bukan sedikit tenaga, masa dan pengorbanan yang dicurahkan selama pengajian mereka di akademi.

Semua manusia di dunia juga berpenat lelah seperti mereka. Seorang pelajar, menteri,pendakwah, petani malahan blogger sekalipun, setiap dari kita berusaha bersungguh2 untuk tujuan masing2. Tapi usaha manakah yang mampu menjadi pemberat amal di padang Mahsyar kelak? Adakah segala jerih perih kita yang bukan sekejap ini semuanya hanya sia2, tiada nilai & hanya ibarat debu yang berterbangan?

Mulakan hari-hari kita dengan bismillah, moga setiap langkah dan nafas kita adalah kerana ALLAH.

Sunday, March 28, 2010

Klaten

Tajuk entri ni takde kena mengena dengan negeri Kelantan..

Em,saya sangat yakin takde sorang pun ahli keluarga saya yang ingat lagi pasal ni. Kecamatan Ceper, Kabupaten Klaten, Jawa Tengah..bersempadan dgn daerah Jogja. Nanti bila2 ada rezeki boleh la pegi situ, walaupun most probably takde sape2 pun yang tinggal.. Tapi of course nak pegi Mekah dulu, ni 2nd destination.

Nak tengok peta lokasi cari la kat wikipedia @ google map

Monday, March 1, 2010

Terima kasih Tuhan

Saya kurang sihat beberapa hari ini. Saya gagahkan jua untuk keluar, pergi meeting & program kerana tidak mahu memanjakan diri. Pagi tadi saya tewas jua. Benar – benar rasa mahu tumbang dan akhirnya saya mengambil cuti. Surat MC takde sebab klinik jauh sangat, silap-silap boleh tersungkur tengah jalan. Mujur boss saya bukan seorang yang cerewet. Ofis mate saya kata takde surat MC pun takpe. So esok saya boleh pergi kerja dengan hati tenang. Alhamdulillah..

Bila tak berapa nak sihat ni, takleh la nak berjimat macam dulu. Kena makan on time, beli benda2 berkhasiat sikit, kalau tak nanti bertambah sakit pulak. Walaupun kena cut saving ( yang sangat tak seberapa), sekurang – kurangnya masih ada saving untuk digunakan, tak perlu pinjam sesiapa, minta sedekah tepi jalan dan sebagainya. Alhamdulillah..

Saya semakin hilang semangat nak pergi kerja. Saya pun tak tau kenapa. Mungkin dunia sebegitu tak sesuai dengan jiwa saya. Tapi saya tetap akan siapkan kerja saya sebaik mungkin, cuma saya melakukannya tanpa ada ‘jiwa’. Saya perlu kuat untuk 4 bulan seterusnya. Ramai manusia kat luar sana yang terlantar@sakit kronik, nak buat pape pun tak mampu. Alhamdulillah, saya masih ada kudrat dan tenaga yang tak boleh disia-siakan. So, keep moving!

Sebenarnya saya nak merungut banyak-banyak dalam entri ni, mujur saya sedar betapa banyak Allah dah bagi nikmat kat saya. Saya pun tak jadi merungut & tulis yang baik2 je..Alhamdulillah..

Saturday, February 6, 2010

up & down

hidup tak selalu indah..langit tak selalu cerah..
I alwiz pray that Allah akan mudahkan semua urusan hidup..for me & my family especially. Sudah terlalu lama rasanya menunggu. Moga Allah terus bagi kekuatan utk terus sabar, jika mungkin bukan di dunia..harapnya di akhirat sana.
~to my beloved one, sometimes we have to sacrifice our own feelings. I hope u dont repeat the same mistake..

thanks to maher zain for this beautiful song..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Friday, January 29, 2010

Muhasabah Cinta


Wahai pemilik nyawaku...
Betapa lemah diriku ini...
Berat ujian dariMu...
Ku pasrahkan semua padaMu...

Tuhan.. Baru ku sedar...
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur...
Kini ku harapkan cintaMu...

Kata-kata cinta terucap indah...
Mengalir berzikir di kidung doaku...
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku...

Butir-butir cinta air mataku...
Teringat semua yang Kau beri untukku...
Ampuni khilaf dan salah, selama ini ya Ilahi...
Muhasabah cintaku...

Tuhan...kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

~Edcoustic~

Thursday, January 28, 2010

.............

Dengan nama Allah..

Ketika saya masih kecil,arwah bapa suka mengajarkan kami satu perkara. Mula-mula bapa akan mencubit tangannya sendiri, kemudian berkata kepada kami dalam loghat Indonesia nya yang pekat. Lebih kurang begini: Ya semua…(semua ni maksudnya kitorang 3 beradik la),cuba cubit tangan sendiri. Apa rasanya? sakit kan? Kalau sudah tau sakit, jangan cubit orang lain..(Siapa yang tak faham sila cubit tangan masing2 dengan kuat ok..)

Betul kata bapa. Kalau semua manusia di dunia memahami betapa sakitnya dikasari, tak kisahlah dari segi perasaan,fizikal, @ mental, pasti kita tidak akan mengasari orang lain. Cuma kadangkala sebagai insan biasa, kita sering kalah dengan emosi dan amarah sendiri. Moga bertambah ganjaran buat arwah di alam sana, kerana setiap kali teringat kata2 tersebut, saya jadi berhenti untuk ‘mencubit’ sesiapa.

Tapi, walaupun kita tidak mencubit orang lain kerana tahu ianya menyakitkan , jangan langsung berharap orang lain tidak akan mencubit kita. Jangan langsung mengharap balasan atas apa yang kita beri, biar saja Allah yang menilai. Sesungguhnya Dia sebaik-baik pemberi ganjaran.

Dulu, saya pernah rasa amat kecewa kerana ‘dicubit’ seseorang walaupun selama ini saya seboleh2nya cuba untuk tidak langsung menyakitinya. Memang memedihkan,tapi mujur seorang teman menyedarkan saya di mana keikhlasan saya jika mengharap layanan yang serupa.

Teringat saya pesanan seorang sheikh : ‘Ayyuhaddu’at antum kassyajar,hum yarmikum bilhajar, waantum tarmihim bis tsamar..’

Balaslah cuka dengan madu..tuba dengan susu..
Pandanglah kehidupan ini dengan jiwa yang besar.

Monday, January 25, 2010

Welcome babies!



cute babies=p..anak siapakah..sy pn tak tahu. pinjam la gmbar anak siape tah..just want to say mabruk kpd kak awin atas klahiran yusuf, dan juga buat sahabat tersayang saya di bumi mesir,atiqah azam atas kelahiran wafa'..tahun ni byk babies..(waiting for kak aizat,kak syahid, kak nabilah,kak husna, kak nadia, kak yaya,my 2 beloved aunties, naili, n mother to be yg lain2..uish ramainya..)moga cute babies ni akan jadi anak soleh/solehah, penyambung rantai perjuangan..amin..

Friday, January 22, 2010

this weekend..

as usual, will be alone sebab all rumets balik. bertambah sunyi sebab semua orang akan balik cuti sem for 1 week,so tinggal la beberapa kerat je kat mahallah.luckily my sis balik lambat sket, so boleh la lepak kat bilik dia, sgt lama tak borak2 dgn dia. bila dah jumpe die, satu lori punye crita pun tak habes.sok teman dia pegi masjid jamek.yezza!
cuti 2 hari je,so kena manfaatkan sebaiknya.walaupun sedih tak dapat g johor=(..em,nak abeskan buku mencari mutiara di dasar hati siri 2,jumpa dengan adik2 comel,gosok baju siap2 untuk 5 hari kerja,review file2 company,n setelkan sume keje2 yang tertangguh.oh lagi satu,update blog=)minggu depan pegi kobanna pulak,ok best!
~alwiz be positive dan husnu dzon yg tinggi pd setiap ketentuan Allah..hati tenang,otak pun tak serabut=p

Friday, January 15, 2010

PRACTICAL TRAINING

Dengan nama Allah..

Sedar tak sedar,sudah 3 minggu saya berpraktikal..(em..5 bulan 1 minggu lagi..) Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah berikan untuk menempuh minggu2 pertama praktikal yang semestinya mencabar bagi manusia yang biasanya start kelas pukul 10 macam saya.Rutin harian saya mula berubah.Sekarang saya kena keluar bilik 7.30 pagi,naik 2 bas then balik uia around 6.30-7pm..Walaupun sangat penat,saya seronok=)=)Alhamdulillah..

Bila begini,teringat zaman sekolah rendah dulu..pukul 7 pagi dah bertolak ke sekolah.Balik dalam pukul 1,then pukul 2 ke sekolah petang pulak.Pegi sekolah petang lalu satu jalan yang sangat straight.Memang tak perlu belok mana-mana kecuali bila dah nak sampai sekolah kena belok kiri & terus sampai. Sepanjang perjalanan di jalan yang lurus tu(ayat apakah ini…), sawah padi terbentang luas di kanan dan kiri jalan.Macam dalam cerita nur kasih tu..sangat best!Rindunya pada kenangan itu.Zaman sekolah sangat indah kan?

Berbalik kepada praktikal, walaupun cuma berada dalam firm yang small sized,banyak perkara yang saya belajar. Kadang-kadang bila menemani senior berjumpa client, pelbagai ragam manusia boleh dilihat. Juga pelbagai cerita yang dikongsi oleh teman-teman yang sama-sama berpraktikal. Dunia pekerjaan sememangnya mencabar, jika kita tidak tegas dengan prinsip, kita akan mudah hanyut. Mujur juga saya berada dalam company yang 100% Muslim dan semua staff perempuan(the only gentleman there is my big boss). Ada teman-teman yang berada dalam chinese company, yang mana tiada tempat untuk mereka solat dan terpaksa menumpang ruang solat di kedai makan berdekatan. Tatkala mereka bertanya staf senior di situ manakah ruang yang mereka selalu guna untuk solat, jawapan mereka…”Akak solat kat rumah je dik,kat tempat kerja akak tak, kadang-kadang tak sempat lagipun takde tempat nak solat” (oh apakah…) Seandainya dia tahu balasan yang sangat berat untuk mereka yang sengaja meninggalkan solat, pasti tiada lagi alasan sebegitu. Moga Allah menjauhkan saya dan kita semua dari kelalaian seperti itu.Amin..

Buat sahabat2 yang juga sedang berpraktikal,yang jauh..(kak lina kt naina,sha kt klang,zahra kt kedah,zana kt perak…I miss all of u…)dan yang dekat..(kausar n kak cepin kat salihin, my ofismate kak nabila,akla kt jamal amin dll…)selamat bekerja dan sama-sama kita niatkan ia sebagai satu ibadah, agar segala penat dan titik peluh kita tidak hanya jadi sia-sia. Buatlah yang terbaik dalam setiap kerja kita,
namun, dalam usaha menjadi pekerja terbaik mahupun pelajar terbaik,moga semua itu tidak menjadikan kita lupa untuk menjadi hamba yang terbaik di sisi Allah..

Thursday, December 31, 2009

I'm here

dengan nama Allah..
Alhamdulillah,saya kembali menulis..thanks to adik yg rajin buatkn blog ni utk kakak yg sgt3 busy smpi nk create blog pn x sempat.She's really a good supporter,my best buddy=p..
Hari ni(malam semalam) genap 5 tahun ayah pergi meninggalkan kami,moga tenang di sana..Dan moga kami sekeluarga akan terus kuat melangkah,menghadapi segala kemungkinan dgn tabah.Akan ada entri special for u dad..
Allahumaghfir li abi..
Alfatihah